Kursus Keusahawanan-Jeli 3d

7 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kursus keusahawanan Jeli 3d ini bertujuan untuk melahirkan komuniti setempat terlibat dalam bidang masakan dan sekali gus menceburi bidang keusahawan. Program ini adalah dengan kerjasama MKKK Kg.Kubu Gajah dan biro muslimat masjid.

Kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada suri rumah. Dengan kursus yang dijalankan ini peserta dapat menjana pendapatan hasil jualan ini. Peserta diajar cara untuk memasak dan dekoarasi berbentuk 3d. Seramai 30 orang peserta yang menyertai program keusahawanan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali